Thursday 8 September 2011

Singkatannya MID...

Sekirannya ada yang bertanyakan apakah itu MID???..maka dengan mudah kamu boleh menerangkannya setelah membacanya di sini....
Medan Infodesa (MID) merupakan salah satu perlaksanaan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-Lapan (RMK8) yang bertujuan untuk melaksanakan latihan dan kursus kepada masyarakat desa (Luar Bandar).

MID merupakan entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak dalam kawasan desa. Selain menjadi fokus pertemuan fizikal setempat menerusi penggunaan ICT, MID juga akan menjadi pemangkin bagi merapatkan jurang digital masyarakat desa. Di samping itu, MID berfungsi sebagai pusat latihan dan pusat pertemuan interaksi maya dikalangan masyarakat desa. MID juga turut menjadi pemangkin kepada keusahawanan masyarakat luar Bandar.


MEDAN INFODESA terletak di bangunan Bestari Sungai Rambai

Terletak di hadapan laluan utama Sg Rambai
Sekarang bagaimana???dah tahu tak MID itu apa???

No comments:

Post a Comment