Thursday 30 June 2011

Duhai anak bangsaku...

Pastinya warga desa tidak terlepas pandang dengan kewujudan angkatan "BERSIH" yang di war-warkan akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. 

Ketika penulis berada di suatu premis awam kedengaran seorang lelaki, yang pastinya warga desa begitu lantang mendabik dada menyatakan dia berani untuk berada dan pasti akan berada di dalam perhimpunan yang bakal di adakan pada tanggal Julai nanti..

Lantas di benak fikiran penulis terlintas pelbagai persoalan..kenapa bangsaku harus bertelagah sebegini???tidak rasa bersyukur kah kite dengan keamanan yang kite kecapi ini??adakah tidak cukup dengan ape yang kerajaan sudah sediakan ini , kenapa kite perlu hancurkan ...

Pada pandangan penulis jika benar untuk merubah sesuatu tidak boleh kah kite berada dalam keadaan yang lebih aman..cth pilihanraya..jika benar untuk merubah cukup sekadar pilihanraya pun sudah memadai..kerana bila rusuhan atau perhimpunan ini di jalankan sudah pasti akan ade sahaja pendengaran yang kurang baik..mahukan kite bergolak seperti di negara jiran...tidak cukupkah dengan kejadian 13 MEI menjadi saksi..

Duhai bangsaku..benar..tidak akan berubah suatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya tapi haruskan kite bertelagah seperti sebegini rupa??kenapa wujud benar perasaan amarah dan benci kita sesama Islam sedangkan dalam ajaran Islam kita tidak pernah dituntut sebegitu..


Pada penulis, fikiran kita rakyat malaysia banyak yang terkeliru...sukar untuk menentukan pada mana kebenaran yang di cari..Mohon muga Allah mengampuni segala dosa yang terpalit sama ada secara sedar atau tidak pada si pelakon pentas dunia..


Pada warga desa yang terlalu fanatik, nasihat penulis usahlah termakan dengan ajakan anasir-anasir yang belum pasti apakah agenda sebenar di sebalik janji yang cuba mereka taburkan pada kita...yang pasti kita harus bersyukur kerana hari ini kita masih lagi mampu bergerak selesa dan melakukan aktiviti harian tanpa perlu rasa takut...jika benar ingin berubah, berubah mengikut cara Rasullullah...Baginda di terima melalui cara dan sifat peribadi baginda sendiri..yang pada penulis sangat halus dan menyentuh hati..sehingga berapa ramai pihak musuh tertarik dengan apa yang di perjuangkan Rasullullah..

Kembalilah kita pada tali Allah..perbetulkan ukhwah kite sesama kita wahai sekalian warga desa..

Kata pembuka bicara..

Salam manis dan salam mesra untuk warga desa ..

Bersyukur kerana punya masa untuk mengorak tinta untuk menghasilkan sedikit coretan untuk warga desa..muga dengan kehadiran saya di sini dapat memeriahkan lagi dunia penulisan kita..
Muga kehadiran info yang terdapat di ruangan PERANTIS WARGA DESA dapat kita bertukar-tukar idea dan pendapat...Salam Manis juga untuk warga desa di Sungai Rambai, Melaka di mana tempat penulis sedang berkhidmat.