Tuesday 20 December 2011

Kawasan di dalam Dun Sg Rambai

Keluasan Dun Sungai Rambai adalah seluas 22,768 ekar atau 9214 hektar dimana terdiri daripada kampung-kampung di bawah pentadbiran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diantaranya :-

  • JKKK Kampung Sungai Rambai Timur
  • JKKK Kampung Sungai Rambai Tengah
  • JKKK Kampung Sungai Rambai Barat
  • JKKK Kampung Batu Gajah Pasir
  • JKKK Kampung Batu Gajah
  • JKKK Kampung Ayer Tawar
  • JKKK Kampung Sebatu
  • JKKK Kampung Seri Mendapat / Lancang

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI RAMBAI

           Kampung Sungai Rambai terletak di Selatan Negeri Melaka-Muar sejauh 32 kilometer dari Bandar Melaka dan ke Bandar Muar sejauh 10 kilometer. Mereka dipisahkan oleh Sungai Kesang di antara Negeri Melaka dan Negeri Johor Darul Ta'zim.
           Menurut kata orang tua adalah dipercayai bahawa Kampung ini telah mula didiami sejak awal tahun 1800, penduduk asal dipercayai berasal dari Kampung Tedong, Kampung Serkam  dan Kampung  Kesang , Muar Johor.
           Kampung Sungai Rambai mendapat nama dari sebatang pokok rambai yang besar tumbuh diantara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman ke Sungai Kesang. Sebagai tanda dimana nama Sungai Rambai ini diberi, pihak JKKK Sungai Rambai Barat di bawah GDW Kampung Parit Putat telah membina sebatang Tunggul Rambai yang dijadikan mercu tanda asal usul wujudnya nama Sungai Rambai ini.
           Penghulu yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ini ialah Penghulu Dualim, tarikh dianggarkan pada tahun 1880.

Thursday 8 December 2011

Pertukaran Pengurus Medan infodesa Sg.Rambai, Melaka.

Pengurus lama cik Norliza Binti Nadzir telah berpindah ke Medan Infodesa Pengkalan Rama Pantai dan telah digantikan dengan Pengurus Pn. Haslina Bte Md. Sani.